Loading...
Soalan Lazim
Umum
Kenapa ini penting?

Walaupun beg plastik pakai-buang hanya mula digunakan pada tahun 1970an, ia telah menjadi satu keperluan sehingga menyebabkan pencemaran alam sekitar. Hampir 1 trilion beg plastik digunakan setiap tahun di seluruh dunia.

Negeri Selangor mengutamakan pemeliharaan alam sekitar untuk masyarakat. Dan pada tahun ini, kami mahu mengurangkan penggunaan beg plastik sebanyak yang mungkin.

Saya sukar untuk membawa barang tanpa beg plastik.

Majoriti penduduk Negeri Selangor telah menggunakan beg dan bekas makanan yang boleh diguna semula! Tingkatkan komitmen anda dan anda boleh hidup bebas daripada plastik.

Saya terlalu bergantung kepada beg plastik.

Tahukah anda yang secara purata, beg plastik hanya digunakan untuk 12 minit? Lebih mudah untuk bertukar kepada beg yang diperbuat dari bahan yang boleh diguna semula. Kebergantungan anda kepada beg plastik boleh menghantui anda! Beg plastik dan bekas polistirena yang anda hanya guna sekejap akan kekal seumur hidup.

Saya kerap lupa untuk membawa beg sewaktu membeli belah.

Sudah tentu anda mempunyai beberapa beg yang boleh diguna semula di rumah! Simpan di dalam kereta atau berdekatan pintu rumah anda. Simpan juga di dalam beg tangan atau beg galas yang anda gunakan setiap hari.

Jika masih terlupa boleh dapatkan kotak kadbod dari peruncit anda atau minta peruncit anda untuk memberikan diskaun jika membawa beg yang boleh diguna semula.

Bagaimana jika saya membeli makanan di warung dan bazar kegemaran?

Bawa bekas makanan anda sendiri semasa membeli makanan. Mesti dah lama tak pakai mangkuk tingkat, kan?

Mangkuk tingkat boleh didapati dalam pelbagai saiz!

Bagaimana pula dengan beg plastik yang ada di rumah?

Anda boleh menggunakannya untuk mengalas tong sampah. Anda juga boleh menghantar kesemuanya ke pusat kitar semula.

Mengapa beg plastik biodegradasi atau beg kertas tidak disediakan sebagai alternatif?

Kajian menunjukkan bahawa plastik dari jenis oxo-biodegradable dan beg kertas bukan pilihan yang lebih mesra alam kerana plastik biodegradasi memerlukan kondisi tertentu untuk proses penguraian berlaku, dan kondisi tersebut tidak semestinya wujud di  tapak pelupusan sampah. Jika proses penguraian berlaku, ia akan mengeluarkan gas metana iaitu gas rumah hijau 23 kali lebih kuat daripada karbon dioksida. Tambahan pula, apa yang lebih merbahaya lagi adalah plastik biodegradasi yang terurai ke serpihan mikro yang lebih kecil, lambat laun akan meresapi di dalam tanah, air dan meninggalkan kesan bahan kimia toksik yang akan memasuki rantai makanan kita.

Manakala bagi beg kertas pula, ia bukan alternatif yang terbaik kerana proses pembuatannya memerlukan lebih banyak tenaga untuk dihasilkan serta memerlukan hasil kayu di dalam skala yang besar dan akan menyebabkan penebangan hutan secara besar-besaran di seluruh dunia.

Mengapa Kerajaan Negeri tidak mengharamkan penggunaan beg plastik sebaliknya mengenakan caj kepada pengguna?

Sebagai langkah permulaan, perluasan kempen dari 1 hari ke 7 hari seminggu adalah untuk menggalakkan pengguna untuk mengurangkan penggunaan beg plastik secara beransur-ansur dan seterusnya pada masa-masa akan datang pengguna boleh menerima pelaksanaan dasar ini dan perubahan seumpama ini memerlukan masa dan usaha. Kerajaan Negeri mensasarkan di dalam jangka masa panjang, penggunaan beg plastik dapat dihentikan secara keseluruhan dan pelaksanaan dasar ini adalah salah satu inisiatif ke arah matlamat tersebut.

Jenis Beg?
Benarkah caj minima RM0.20 akan dikenakan bagi setiap beg plastik yang digunakan ke atas pengguna tanpa mengira saiz, jenis atau ketebalan?
Ya, semua jenis beg plastik tanpa mengira saiz, jenis atau ketebalan akan dikenakan caj minimum RM0.20 sen
Berapakah kadar bayaran yang perlu dikenakan keatas pengguna yang ingin mendapatkan beg plastik?
Kadar bayaran minima RM0.20 akan dikenakan bagi setiap beg plastik. Namun ia juga bergantung kepada peniaga untuk menetapkan harga dan dijual seperti barangan runcit yang lain.
Jika beg plastik yang diberikan daripada jenis yang tebal dan mahal, berapakah caj maksimum yang akan dikenakan?
Tiada had maksimum. Peruncit dibenarkan untuk mengenakan sebarang caj namun caj minimum adalah sebanyak RM0.20.
Bolehkah kita menggunakan beg plastik biasa yang tidak boleh dikitar semula?
Boleh, tetapi anda tetap akan dikenakan bayaran untuk mendapatkan beg plastik dan peniaga digalakkan untuk menyediakan beg plastik yang boleh dikitar semula (biodegradable) ataupun yang boleh digunakan semula.
Adakah beg plastik oxo-biodegradable dikategorikan beg plastik biasa juga?
Ya, dan semua jenis beg plastik akan dikenakan bayaran minima RM0.20.
Bekas Makanan
Bolehkah pinggan dan cawan kertas digunakan?
Mana-mana bekas lain selain daripada polistirena adalah dibenarkan, termasuk yang diperbuat daripada kertas. Akan tetapi, bekas makanan dan minuman yang boleh diguna pakai semula adalah paling digalakkan.
Penguatkuasaan
Bilakah tarikh kuatkuasa dasar ini?
Tarikh kuatkuasa dasar ini adalah pada 01 JANUARI 2017.
Apakah hukuman/denda yang akan dikenakan jika gagal mematuhi dasar ini?
Denda maksimum RM1,000 akan dikenakan sebagai jumlah yang standard bagi pelanggaran syarat lesen. Peniaga yang masih menggunakan bekas polistirena akan dikenakan denda sehingga RM1,000, manakala bagi pengguna yang menggunakan beg plastik akan dikenakan caj minimum RM0.20.
Bagaimanakah dasar ini akan dikuatkuasakan?
Pada bulan Ramadhan tahun 2016, semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor telah melancarkan aktiviti pendidikan di mana para peniaga di Bazar Ramadhan diarahkan untuk menyediakan alternatif pembungkusan makanan yang mesra alam. Fasa berikutnya, Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan telah disemak semula untuk menyokong dasar ini serta telah disyaratkan di dalam lesen perniagaan semasa memohon atau memperbaharui lesen perniagaan mereka. Pihak Berkuasa Tempatan juga akan membekalkan peniaga dengan bahan-bahan visual untuk membantu membina kesedaran terhadap Kempen #BebasPlastik kepada pelanggan.
Jika pasaraya mengenakan caj RM0.20, dimanakah wang tersebut akan disalurkan?
Caj RM0.20 tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun peruncit/peniaga sama seperti semua produk-produk lain yang anda beli dari peruncit/peniaga. Peruncit/peniaga akan menyalurkannya kutipan tersebut untuk melaksanakan program-program CSR atau disalurkan kepada badan-badan amal bagi melaksanakan usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar.
Jika peniaga melanggar polisi, adakah mereka akan dikenakan denda bagi setiap satu beg plastik secara serta merta, atau adakah denda dikumpul setiap bulan?
Semua peniaga yang didapati melanggar polisi dengan bukti yang jelas akan dikenakan denda secara serta merta di tempat kejadian bagi setiap beg plastik yang diberikan secara percuma kepada pelanggan. Denda tidak akan dikumpul selepas sebulan.
Adakah jualan langsung (direct selling) diantara rakan-rakan tertakluk di bawah dasar yang sama?
Ya, setiap beg plastik yang terlibat dalam jualan langsung (direct selling) dan juga perdagangan atas talian mesti dikenakan caj minimum.
Adakah denda dikenakan keatas pengguna atau peniaga?
Denda akan dikenakan keatas peniaga atau atau mana-mana pemegang lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan.
Adakah dasar ini hanya melibatkan sektor awam?
Tidak, ia merangkumi semua premis perniagaan di Selangor.
Pengecualian
Palet makanan termasuk dalam senarai pengecualian, misalnya makanan haiwan kering seperti kibbles anjing & kucing, palet makanan ikan & haiwan peliharaan kecil. Produk kami datang dengan pembungkusan paket, adakah barang-barang tersebuti dikecualikan dari dikenakan caj?
Pembungkusan pembuatan tidak tertakluk di bawah polisi ini dan terdapat beberapa produk dikecualikan daripada dasar Bebas Plastik seperti berikut:
  • Makanan mentah - Ikan , lembu, ayam, khinzir, kambing dan produk-produk daging.
  • Makanan untuk haiwan atau kegunaan manusia - Gula-gula, pallet makanan haiwan dan makanan dalam bekas bagi mengelakkan kebocoran semasa pengendalian.
  • Biji benih yang tidak dibungkus.
  • Bunga.
  • Sayuran yang diselaputi tanah, seperti kentang, akar, halia.
  • Produk ubat-ubatan dan bahan racun bahaya.
  • Ikan hidup atau haiwan akuatik yang lain.
Adakah terdapat senarai pengecualian produk yang dikecualikan daripada dasar beg plastik?
Ya, senarai produk yang dikecualikan dari pengenaan caj untuk penggunaan beg plastik adalah seperti berikut;
  • Makanan mentah - Ikan , lembu, ayam, khinzir, kambing dan produk-produk daging.
  • Makanan untuk haiwan atau kegunaan manusia - Gula-gula, pallet makanan haiwan dan makanan dalam bekas bagi mengelakkan kebocoran semasa pengendalian.
  • Biji benih yang tidak dibungkus.
  • Bunga.
  • Sayuran yang diselaputi tanah, seperti kentang, akar, halia.
  • Produk ubat-ubatan dan bahan racun bahaya.
  • Ikan hidup atau haiwan akuatik yang lain.
Rasional Dasar Ini
Banyak restoran di Selangor telah pun menggantikan bekas polistirena dengan bekas makanan plastik polipropilena (PP) yang tidak tertakluk di bawah dasar Bebas Plastik. Alternatif ini jauh lebih mahal dan sisanya tetap akan menyumbang kepada masalah sisa plastik yang semakin meningkat. Adakah alternatif ini benar-benar lebih baik?
Bekas makanan plastik PP mungkin lebih mahal kosnya tetapi ia boleh diguna semula dan dikitar semula. Polistirena tidak boleh diguna semula mahupun dikitar semula. Ramai yang tidak menyedari bahawa polistirena mengandungi bahan kimia Stirena yang membahayakan kesihatan. Beberapa bukti telah menunjukkan bahawa bahan kimia Stirena yang terdapat di dalam bekas makanan dan cawan polistirena boleh meresap keluar dengan bertindak balas terhadap makanan dan minuman yang panas. Justeru itu, kami menggalakkan orang ramai untuk menggunakan bekas yang boleh diguna semula, seperti seperti mangkuk tingkat, bekas tupperware atau bekas-bekas penyimpanan makanan yang mesra alam. Alternatif peralihan seperti bahan yang diperbuat daripada serat gula tebu, serat daun kelapa, plastik PP, dan biodegradable adalah perlu untuk tempoh transisi ke arah gaya hidup yang lebih baik serta kondusif terhadap alam sekitar..
Mengapa dasar ini dilaksanakan 7 hari?
Berdasarkan keputusan kaji selidik awam yang dikendalikan oleh Merdeka Centre, lebih daripada 90% rakyat Selangor mengetahui akan dasar 'Hari Tanpa Beg Plastik' pada 2011 di mana peniaga harus mengenakan caj RM0.20 pada setiap hari Sabtu ke atas setiap beg plastik yang digunakan. Walau bagaimanapun, 71% daripada penduduk Selangor berpendapat bahawa satu hari seminggu tidak mencukupi. Oleh itu, pada 1 Januari 2017, Kerajaan Negeri memutuskan untuk melaksanakan Kempen #BebasPlastik pada setiap hari ke atas semua jenis perniagaan di Negeri Selangor termasuk premis perniagaan di dalam bangunan-bangunan Kerajaan Negeri.
Bagaimanakah Kerajaan memastikan pemilik perniagaan, pihak berkuasa dan orang ramai dimaklumkan berhubung polisi pelaksanaan kempen ini?
Semua Pihak Berkuasa Tempatan dan peniaga telah pun dimaklumkan tentang dasar ini sebelum ia dilaksanakan. Kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkuasa tempatan dan peruncit/peniaga di Negeri Selangor untuk mendapatkan pandangan dan cadangan mereka terhadap kesan pelaksanaan kempen ini. penggunaan dan sisa beg plastik di negeri ini sambil mendapatkan sokongan mereka. Kerajaan Negeri juga telah menggunakan media massa dan media sosial sebagai medium hebahan kepada orang awam berhubung pelaksanaan polisi ini.
Adakah terdapat kemungkinan peningkatan jumlah sisa plastik di tapak pelupusan selepas kempen ini dilaksanakan kerana orang awam beralih kepada beg dan bekas alternatif dan bukannya membawa beg dan bekas mereka sendiri?
Kempen #Bebas Plastik ini bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap beg plastik. Peralihan penggunaan kepada beg plastik dan bekas makanan yang mesra alam sekurang-kurangnya ia lebih mudah diurai dan seterusnya dapat mengurangkan bebanan sisa plastik di tapak pelupusan dan sekaligus inisiatif ini dapat memulihara alam sekitar.
Penguatkuasaan seperti kompaun atau denda bukanlah seharusnya sebagai salah satu cara untuk memastikan kempen ini dilaksanakan dengan berkesan. Ia harus dilengkapi dengan aktiviti-aktiviti kesedaran yang lebih agresif untuk mengubah minda dan sikap rakyat dalam jangka masa panjang. Oleh itu, apakah tindakan kerajaan terhadap perkara ini?
Pelaksanaan dasar dan pendidikan awam kepada pengguna adalah langkah pertama di dalam perubahan gaya hidup yang lebih mesra kepada alam sekitar. Kerajaan Negeri Selangor akan melancarkan program pendidikan dan kesedaran bagi melengkapi dasar baru ini untuk membantu orang ramai menyesuaikan diri. Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk membimbing orang ramai untuk beralih kepada gaya hidup yang lebih lestari dan mampan.
Beg dan bekas makanan alternatif mesra alam adalah mahal. Bukankah ini akan mewujudkan beban kos terhadap pengguna dan juga peniaga?
Kempen Bebas Plastik bertujuan untuk mengurangkan pergantungan pengguna terhadap beg plastik sekali guna dan penggunaan bekas polistirena kerana kedua-dua bahan tersebut memudaratkan alam sekitar dan hidupan liar. Pengguna digalakkan untuk membawa beg dan bekas sendiri di dalam usaha bersama-sama memulihara alam sekitar demi generasi akan datang. Peruncit/peniaga, digalakkkan untuk menyediakan beg dan bekas makanan yang lebih mesra kepada pengguna dan juga alam sekitar. Selain itu, sebagai usaha untuk menghargai dan menarik minat pengguna, peruncit/peniaga memberikan diskaun atau faedah yang munasabah kepada pengguna yang membawa beg atau bekas alternatif sendiri yang boleh diguna semula. Penjual dan pengusaha restoran boleh menyediakan polypropylene (PP) kotak, yang boleh diguna semula dan ini telah pun menjadi perkara biasa.

DASAR PRIVASI & DASAR KESELAMATAN

Privasi Anda 

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pelawat. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi sektor awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Sebagai contoh, untuk menyelesaikan atau merekodkan aduan, maklumat yang diperlukan disalurkan kepada agensi kerajaan yang lain. 

Data Peribadi 

Pelawat mungkin diminta mengemukakan maklumat peribadi seperti nama dan alamat e-mel untuk penggunaan perkhidmatan di laman web ini. Perkhidmatan tersebut adalah seperti penghantaran notis melalui e-mel, maklum balas laman web atau cadangan idea/aplikasi. Sebarang maklumat peribadi yang dikemukakan kepada laman web ini tidak akan didedahkan melainkan yang dibenarkan oleh undang-undang. 

Maklumat Terkumpul

Tiada sebarang maklumat peribadi anda disimpan semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang anda putuskan untuk dikemukakan melalui pesanan penerbitan, penghantaran e-mel atau langganan perkhidmatan e-mel di laman web ini. 

Laman web ini hanya berkongsi maklumat anda dengan agensi kerajaan lain sekiranya soalan anda berkaitan dengan agensi tersebut, atau sebaliknya sekiranya diperlukan. Laman web ini tidak mengumpul maklumat atau mewujudkan profil individu untuk pemasaran komersial. 

Maklumat Log 

Apabila anda melayari laman web ini, kami mungkin menyimpan maklumat log berikut secara automatik seperti alamat protokol Internet tempat anda melayari, tarikh dan masa, nama laman web tempat anda membuat pautan, nama fail atau perkataan yang anda cari, butiran yang anda klik pada laman, dan pelayar serta sistem pengoperasian yang anda gunakan.

Maklumat log ini digunakan untuk mengukur bilangan pelawat yang berkunjung ke laman web ini dan mengenal pasti prestasi atau masalah sistem. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk membantu dalam membangunkan laman, analisis corak penggunaan, dan untuk menjadikan laman ini lebih berguna. Laman web ini tidak berkongsi atau menjual data pelawat bagi tujuan pengiklanan, pemasaran atau sebarang tujuan komersial. 

Penggunaan Kuki (Cookies)

Laman web ini menghasilkan kuki, yang dikumpulkan oleh pelayar laman web bagi membolehkan ia mengenali anda untuk kunjungan yang berikutnya. Kuki ini tidak menyimpan data anda secara kekal dan ia juga tidak disimpan di dalam cakera keras komputer anda. Kuki akan dipadamkan sebaik sahaja anda menutup pelayar anda.

Pautan Kepada Laman Web yang Lain 

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pelawat dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari. 

Perlindungan Data 

Teknologi terkini termasuk perisian penyulitan data digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. 

Dasar Keselamatan 

  • Pelawat yang ingin menggunakan kemudahan seperti maklum balas kepada pengemaskinian laman web ini perlu mendaftar bagi tujuan keselamatan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. 
  • Pelawat bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang maklumat yang diberikan kepada laman web ini. 
  • Pelawat harus memastikan sebarang fail yang dikepilkan bersama (jika ada) bebas daripada sebarang pepijat (bug).
  • Laman web kerajaan dan agensi swasta yang memerlukan pautan ke laman web ini mestilah mendapatkan kelulusan daripada Pentadbir laman web ini. 
  • Memecah masuk atau cubaan mengodam laman web ini adalah dilarang sama sekali. 

Pindaan Dasar

Sekiranya terdapat sebarang pindaan pada dasar, ia akan dikemas kini di halaman ini. Pastikan anda sentiasa melayari bahagian dasar privasi dan keselamatan bagi memastikan anda sentiasa tahu tentang maklumat yang disimpan, kaedah dan waktu ia digunakan.